Tuesday, December 29, 2009

Komen, kritik, memberi pandangan atau MACAM BAGUS..????????

Rasa macam lama je aku tak update blog kat sini. Bukan apa, aku cuma busy sikit dengan hidup. He he.. Busy la sangat. Padahal stress dengan menda yang entah apa-apa. Tak tahu kenapa stress sangat sampai kena gastrik. Hu Hu... ada kena mengena ke..?? aku pun taktahu, tapi aku tahu stress tu boleh membuatkan asid perut keluar secara berlebihan dan melukakan perut. Betulkan aku kalau salah yer. Ini cuma apa yang aku pernah baca. Tapi, stress memang mendatangkan banyak penyakit dan salah satunya kemurungan. Kemurungan?? Humm..

Kemurungan atau depression..Huh..?? Apa tuh..????

Aku sangat kagum kepada seorang hamba Allah ini, dia hidup dengan pelbagai ujian, memang semua orang ada ujian, tapi ini lain, dan dia redha dan pasrah dan dia cuba untuk hadapinya dengan tenang, walaupun aku memang la adat manusia ada perasaan sedih, down, marah semua tu memang ada tapi dia tetap kool je.. hu hu memanglah aku tahu ramai je kot orang macam tu, dia dengan life dia dan takde pulak nak salahkan orang ini dan itu.

Adat manusia kan, rasa diri sempurna sangatlah tu, sampai apa je yang nampak oleh mata, nak dikomen seperti diri itu sangatlah sempurna. Aku pun ada gak jahatnya, tapi tak semua menda tak kena kat mata aku nak komen dan komplen. Opps, bukan komen atau komplen, tapi PERASAN BAGUS. Memang lah mungkin dah diniatkan untuk memperbetulkan apa yang tak betul, tapi, takkan sampai dalam kain orang pun  nak sibuk dan asyik nak komplen hal hidup ORANG LAIN macam life KAU tu sempurna sangat. Hanya orang tertentu akan tahu LIFE kau tu sebenarnya penuh dengan kepura-puraan dan asyik ingin disanjung dan dipuja.. [ha..kan dah terkeluar EMO ni. Hi hi] dan jangan lah semua yang terjadi asyik nak salahkan orang lain. Cermin diri sendiri, ada jerawat ke tak baru komplen jerawat orang. Kalau setakat tutup jerawat dengan bedak wangi pastu cakap pasal jerawat orang yang lagi kecik dari kau punya tu, rasanya orang yang pandang luaran jer akan puja kau. He He.. Suka emo-emo ni. Geramlah kadang-kadang.. tapi diri ini hanya sepatu usang yang dekat gobok kasut yang hampir roboh.. Hu Hu Ayat nak dramatis je.



nota kaki: Hidup ni kena sedar diri dulu sebelum sedarkan orang lain..

4 bebelan korang:

Unknown said...

ye baik...ku pasang cermin besar ari nie

AZRINN AFFANDI said...

hehe..tgk jerawat sendiri ok...hehe

Pontianak Degil said...

Rupenye, ramai jgk jenis manusia
yang pasan sempurna kat dunia ni ek?
I thought it just happen around me.

Shin Chan Comel said...

update please:p