tetiba aku teringat idealogi seorang sahabat aku...dan sekarang aku cuba untuk menyebarkan idealogi tersebut tapi dengan cara aku walaupun aku mungkin tidak dapat melaksanakannya..tapi sekurang-kurangnya aku boleh sebarkan dan juga ini dikira berdakwah lah..kan..??kan?? dia ni berpendapat bahawa tidak semestinya perlu ber"couple" sebelum berkahwin dan tak semestinya perlu bercinta DAHULU sebelum mendirikan rumah tangga.......... hoh?? apesal pulak pasal perkahwinan ni...???? okey..since kawan-kawan aku lepas habis belajar masing-masing dah mahu ke arah "ini"...so, aku rasa tak salah kalo aku letak post pasal menda ini..in fact, it is a part of our life..sekadar berkongsi pendapat dan idealogi.....
pada awalnya, aku agak kurang yakin dengan idealogi yang diberikan... yelah, aku perempuan..dan bagi aku sebagai perempuan dan bakal mejadi wanita (hoh??ada beza ker..??) perlukan dan mahukan suatu jaminan untuk hidup... yela, kehidupan rumah tangga, mempunyai famili adalah untuk satu jangka masa yang panjang...lagipun, semua orang berhak untuk bahagia...so, aku pun macam ragu-ragu..zaman sekarang boleh lagi ke dipraktikkan menda-menda macam ni..?????? setelah bincang, borak, berbalah, bergaduh, bertumbuk, tepuk tampar (okey takde sampai macam tu) aku pun macam boleh terima juga la ideologi kawan tu.. dan sebenarnya, lepas berbincang secara tak formal dengan kawan tu...aku just keep thinking, and thinking and thinking about it..and actually until now pun, macam selalu terpikir tapi takdelah sampai mandi tak basah , makan tak kenyang (selalu kenyang je,lebih0lebih lagi bulan puasa ni) dan tidur selalu lena jer..dan sekarang ni, aku mengisytiharkan aku juge pemegang idealogi itu walaupun aku mungkin tak dapat laksanakannya tapi aku rasa, idealogi ini memamg bagus tapi mungkin tak sesuai untuk semua orang...hahaha... idealogi ini tak semua orang dapat terima..ada juga yang mengkritik dan ada juga yang mengeji [mungkin ada beranggapan kononnya macam baik la..and so on...] semua orang ada pendapat sendiri dan ini pendapat aku dan kawan aku...selagi dinamakan PENDAPAT selagi itu tidak ada betul atau tidak ada salah.... [kalo kecik-kecik dulu jawab soalan BM selalu ada berikan pendapat anda..patutnya soalan tu free mark since dia tanyakan pendapat dan cikgu pulak takleh nak salahkan pendapat murid-murid..murid-murid rasa begitu..makanya begitula...] okey sambung balik citer.. aku dokla bayangkan...macammana la kalo nak hidup dengan orang yang kite tak kenali la....macam mana kalo muke orang tu macam ni la..kalo aku suke muke ala hidung mancung, tetiba terkahwin dengan orang yang berhidung pesek..musnahla impian suami ku..hakhakhak..
okey.. mari membetulkan keadaan...sebenarnya, tak semestinya, harus berkahwin dengan orang yang kita tak kenal untuk memegang idealogi ini...he/she might be one of your friends, he/she might be your bestfriend...and so on....cuma, mereka ini tidak BERCINTA dan seperti pasangan lain yang pergi dating ke, tengok wayang ke, jalan-jalan kat taman bunga ker, SMS cintan ke, LOVE YOU MISS YOU ke.. just imagine, someone yang kita dah tau hati budi dia..dah kenal dia macammana, dan tetiba dia menjadi suami kamu.....some might think that it is sweet~ dan ada juga beranggapan yang euw..camne nak hidup dengan orang yang kita tak pernah sayang or cinta or what-so-ever.....cinta memang tak boleh dipaksa...tapi ia boleh dipupuk selagi niat kita bercinta kerana Allah...dan bukan kerana nafsu semata......
Semoga hidup kita diredhai dan tidak menyimpang ke jalan yang salah dan dimurkai....ameen....... sekadar berkongsi memandangkan hidup kita di dunia ni bukan sendirian....tapi berkongsi dengan ramai orang..makanya..tak salah untuk kite berkongsi pendapat...mungkin ada yang setuju mungkin ada yang tidak..itu masing-masing punya hak..kerana selagi kita mempunyai akal...selagi tu kita ada hak untuk membuat keputusan....... ^-^
aku mungkin bukan pemegang idealogi ini....tetapi aku sangat mengaguminya kerana bukan senang lah untuk melaksanakannya............. =.= ia memerlukan hati yang kuat dan tahan kepada sebarang godaan..haha....kepada sahabat ku..jika dia terbaca blog aku.. semoga sukses dalam mencapai impiannya.... *wink *wink >.<
nota kaki: “Ya Allah,masukkanlah aku dalam kalangan hamba-hambaMu yang Engkau cintai, kurniakanlah aku cinta orang yang cinta kepadaMu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang hampir kepadaMu dan jadikan cintaku terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada cintaku yang lain”SELAMAT BERPUASA.........
0 bebelan korang:
Post a Comment